Saturday, March 27, 2010

Saturday, March 20, 2010

BILIK SEMINAR

Bilik seminar Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya telah diwujudkan pada awal Januari 2008. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan tempat kepada guru-guru dan juga murid-murid untuk mengadakan seminar, taklimat, bengkel, dan latihan.

Selain untuk kemudahan warga Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya, Bilik Seminar ini juga terbuka kepada mana-mana sekolah di sekitar Jerantut seandainya pihak sekolah ingin menggunakan kemudahan Bilik Seminar Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya unuk tujuan seminar, latihan, bengkel dan juga taklimat.

Lokasi Bilik Seminar ini terletak di Blok B, Tingkat 3, iaitu bersebelahan dengan Makmal Komputer dan juga Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan Bilik Seminar bersebelahan dengan Makmal Komputer adalah untuk memudahkan guru-guru dan murid-murid untuk mengakses kemudahan jaringan Internet.


OBJEKTIF

Melaksanakan aktiviti bengkel dan seminar
2. Mencetuskan minda pelajar melalui kaedah pembelajaran berkesan
3. Mewujudkan budaya membaca
4. Untuk mengukuhkan pengetahuan murid-murid dengan penyediaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
5. Dapat mengukuhkan maklumat terkini melalui kemudahan penggunaan Internet.


VISI

KE ARAH MENJADIKAN GURU-GURU DAN MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN JERANTUT JAYA CELIK IT MENJELANG 2012


MISI

MENJADI PUSAT RUJUKAN DAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BERASASKAN TEKNOLOGI TERKINI



PERATURAN BILIK SEMINAR

• Dilarang masuk tanpa kebenaran guru
• Dilarang membawa keluar sebarang bahan / peralatan atau apa sahaja daripada Bilik Seminar
• Guru hendaklah merekod penggunaan Bilik Seminar di dalam buku catatan
• Dilarang merokok di dalam Bilik Seminar
• Jika terdapat murid yang melakukan kerosakan peralatan atau perabot, hendaklah dilaporkan segera kepada guru
• Pasti keadaan Bilik Seminar dalam keadaan kemas, bersih dan teratur sebelum meninggalkan Bilik Seminar
• Pastikan suis lampu dan penghawa dingin dimatikan sebulum meninggalkan Bilik Seminar
• Jangan tinggalkan barang peribadi / berharga di dalam Bilik Seminar